Saturday, 15 December 2012

                                     SAMBUNGAN KAYAK, 11 oCT 2012






                
                   Pada minggu ini, kami dikehendaki sekali lagi ke Tasik Seksyen 2 untuk melakukan aktiviti H-rescue. Encik Muiz telah memberi penerangan lanjut terlebih dahulu tentang teknik-teknik untuk melakukan H rescue. Tiga kayak diperlukan untuk aktiviti ini, satu single dan 2 kayak double. Pada mulanya, individu yang menggunakan kayak single akan menterbalikkan kayak dengan menjatuhkan dirinye ke dalam air. Kemudian, salah seorang yang berada di 2 kayak double akan memberikan bantuan dengan menghulurkan paddle kepada individu yang terjatuh tadi. 4 orang invidu yang menaiki kayak double akan membentuk huruf H dengan menyambungkan 2 paddle dengan 2 kayak yang mereka naik. Mangsa yang terjatuh tadi akan menolak kayak ke atas paddle. Setelah air berjaya dibuang sepenuhnya, kayak tersebut di tolak ke posisi yang betul dan dilepaskan ke air. Then, mangsa yang terjatuh itu hendaklah menaiki kayak dari bahagian belakang dibantu oleh 4 orang rakan tadi dengan memegang kayak single tersebut.

                                        



No comments:

Post a Comment