Aktiviti pada minggu ini dimulakan dengan water confident dan seterusnya capsize. Sebelum aktiviti tersebut dimulakan, kami diberi penerangan dengan jelas dan cara-cara atau teknik untuk melakukan capsize. Tujuan capsize dilakukan adalah untuk memberi pendedahan kepada kami tentang bagaimana untuk menyelamatkan diri ketika kayak terbalik di dalam air.
First, kami diarahkan oleh Encik Hafiz dan Encik Muiz untuk melakukan water confident. Selepas memakai jaket keselamatan, kami dikehendaki terjun ke dalam air. Tujuan water confident diadakan adalah untuk menambahkan keyakinan individu ketika berada di dalam air dan mengurangkan rasa takut. Selepas itu, kami melakukan capsize berpandukan teknik-teknik yang telah diajar. Ketika saya dan partner, Asma berada di dalam kayak, kami menggunakan daya yang ada sekuat mungkin untuk menterbalikkan kayak tersebut dengan menjatuhkan badan ke dalam air. Then, dengan kiraan 1,2 3 kami menolak kayak tersebut. Kayak tersebut hendaklah ditolak dengan sepantas mungkin supaya air tidak masuk ke dalam kayak. Selepas kayak berjaya di ditolak, bowman (iaitu orang yang duduk bahagian hadapan kayak) akan naik dahulu bermula dari bahagian belakang kayak, sementara stenman (iaitu orang bahagian belakang kayak) perlu memegang kayak tersebut dalam keadaan berbaring. Setelah kayak berada dalam keadaan stabil, stenman akan naik. Selepas itu,kami berkayak ke tebing tasik dan membuang air yang terdapat di dalam kayak.
No comments:
Post a Comment