Sunday, 16 December 2012

                       
                                       LET'S COOK, 6 Dec 2012



                    Ktorg sgt enjoy minggu ini kerana dapat masak.hehe. Kami dibekalkan dapur gas dan periuk nasi. Ktorg telah dibahagikan beberapa kumpulan. Nama masakan kami ialah BAK iaitu Bubur, Ayam, Kentang. Antara bahan-bahan yang digunakan untuk BAK ialah beras, ayam, garam, lada hitam dan kentang. Selain itu, kami juga menyediakan roti peanut butter. Setelah itu, kami dikehendaki mempersembahkan masakan kami kepada En. Hafiz dan En. Muiz dan rakan-rakan. Then, ktorg blik dengan senang hati kerana perut dh kenyang..hOhO..


BAK

Roti peanut butter

                                   TEST OHH TEST, 29 Nov 2012

               Pada hari ini, ktorg telah menjawab test tanpa study pape pn. Encik Muiz telah buat test mengejut, terpaksalah kami menjawab jgk dengan pengetahuan yang sedia ada..hehhhe..Soalan yang ditanya ialah berkenaan alatan2 wall climbing, kayak dan orienteering. Setelah itu kertas dibahagikan dan disemak. Alhamdulillah, berjaya jgk kami menjawab test dengan jayanya..huhu







                                   
                                                 ORIENTEERING, 22 Nov 2012


             Pada minggu ini, kami di kehendaki menjalani sukan orienteering. Orienteering ialah suatu sukan di mana peserta dengan berpandukan peta dan kompas dikehendaki mengemudikan dirinya ke titik-titik kawalan yang telah ditandakan di atas peta dan telah ditempatkan di atas muka bumi, megikut susunan yang tertentu. Antara peralatan yang digunakan ialah:

1) Titik kawalan (Control point)
2) Penanda Kawalan (Control Marker)
3)Kad Kawalan (Control Card)
4)Peta Utama (Master Map)
5)Keterangan Kawalan (Control Description)
6)Kompas

Control Marker
Kompas
              Kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan mempunyai 5 orang ahli dan terdiri daripada lelaki dan perempuan. Sebelum kami memulakan orienteering, Encik Muiz telah meletakkan 2 checkpoint dan kami dikehendaki mencari checpoint tersebut. Alhamdulillah kami berjaya menjumpai checkpoint tersebut sebelum masa tamat di mana kami diberi masa 30 minit untuk menyempurnakan tugas tersebut. Untuk checpoint pertama, di loji air, kami dikehendaki menaiki bukit tonggek dan meredah satu lagi bukit. Checpoint kedua pula di stadium uitm.



       

Saturday, 15 December 2012

                                        WALL CLIMBING, 10 Nov 2012 



            Kami skali lagi menjejakkan kaki ke extreme park, seksyen 13. Aktiviti pada minggu ini ialah wall climbing. Semua mcm dh xkekok dan berani mencuba kerana ini  merupakan pengalaman kali ke-2 ktorg berwall climbing kt sini. Ktorg enjoy sgt2. Terima kasih Encik Muiz n Encik Hafiz bg ktorg peluang berwall climbing kt cni!hihi.. Actually, kelas hari ini adalah kelas ganti cuti Awal Muharam.
                                             FITNESS TEST, 8 NOv 2012
  


          
    Mingggu ni adalah ujian fitness test untuk kami, memang kurus la kn..dh xpyh diet dh..hehe. Kami dikehendaki berlari sejauh 5km dalam masa 20 minit. Laluannya memang berliku-liku, di mana kami dikehendaki naik n turun bukit. Yang palig mencabarnya, kami dikehendaki turun bukit tonggek. Memang pantas n laju la ktorg turun dalam keadaan tertonggek2...kikiki. Alhamdulillah, semua berjaya menamatkan larian pada masa yang ditetapkan. Semuanya lulus!kata Encik Hafiz..hehe..Cogratz my pwens..Tq kepada Encik Hafiz dan Encik Muiz kerana memberi kata-kata semangat kepada kami untuk menghabiskan larian ke garisan penamat.
                                            IKATAN DAN TALI,   18 oCT 2012

                   Pada minggu ini,ktorg belajar tali dan ikatan. Ktorg dihendaki membawa tali dan lidi sate untuk membina gajet melalui ikatan-ikatan yang akan dipelajari. Encik Muiz telah memperkenalkan kepada kami jenis-jenis ikatan dan jenis sambungan tali. Antara jenis ikatan yang dipelajari ialah over hand knot,clove hitch dan figure of 8 manakala jenis sambungan tali pula, kami telah belajar membuat fisherman knot. Kami diarahkan oleh Encik Muiz untuk membina gajet secara berkumpulan. Alhamdulillah, ktorg berjaya siapkan sebuah gajet tiga segi sebelum kelas berakhir..huhuhu










                                       
                                     SAMBUNGAN KAYAK, 11 oCT 2012






                
                   Pada minggu ini, kami dikehendaki sekali lagi ke Tasik Seksyen 2 untuk melakukan aktiviti H-rescue. Encik Muiz telah memberi penerangan lanjut terlebih dahulu tentang teknik-teknik untuk melakukan H rescue. Tiga kayak diperlukan untuk aktiviti ini, satu single dan 2 kayak double. Pada mulanya, individu yang menggunakan kayak single akan menterbalikkan kayak dengan menjatuhkan dirinye ke dalam air. Kemudian, salah seorang yang berada di 2 kayak double akan memberikan bantuan dengan menghulurkan paddle kepada individu yang terjatuh tadi. 4 orang invidu yang menaiki kayak double akan membentuk huruf H dengan menyambungkan 2 paddle dengan 2 kayak yang mereka naik. Mangsa yang terjatuh tadi akan menolak kayak ke atas paddle. Setelah air berjaya dibuang sepenuhnya, kayak tersebut di tolak ke posisi yang betul dan dilepaskan ke air. Then, mangsa yang terjatuh itu hendaklah menaiki kayak dari bahagian belakang dibantu oleh 4 orang rakan tadi dengan memegang kayak single tersebut.

                                        



                                         SAMBUNGAN KAYAK, 4 oCT 2012

                   Aktiviti pada minggu ini dimulakan dengan water confident dan seterusnya capsize. Sebelum aktiviti tersebut dimulakan, kami diberi penerangan dengan jelas dan cara-cara atau teknik untuk melakukan capsize. Tujuan capsize dilakukan adalah untuk memberi pendedahan kepada kami tentang bagaimana untuk menyelamatkan diri ketika kayak terbalik di dalam air.



               
   First, kami diarahkan oleh Encik Hafiz dan Encik Muiz untuk melakukan water confident. Selepas memakai jaket keselamatan, kami dikehendaki terjun ke dalam air.  Tujuan water confident diadakan adalah untuk menambahkan keyakinan individu ketika berada di dalam air dan mengurangkan rasa takut. Selepas itu, kami melakukan capsize berpandukan teknik-teknik yang telah diajar. Ketika saya dan partner, Asma berada di dalam kayak, kami menggunakan daya yang ada sekuat mungkin untuk menterbalikkan kayak tersebut dengan menjatuhkan badan ke dalam air. Then, dengan kiraan 1,2 3 kami menolak kayak tersebut. Kayak tersebut hendaklah ditolak dengan sepantas mungkin supaya air tidak masuk ke dalam kayak. Selepas kayak berjaya di ditolak, bowman (iaitu orang yang duduk bahagian hadapan kayak) akan naik dahulu bermula dari bahagian belakang kayak, sementara stenman (iaitu orang bahagian belakang kayak) perlu memegang kayak tersebut dalam keadaan berbaring. Setelah kayak berada dalam keadaan stabil, stenman akan naik. Selepas itu,kami berkayak ke tebing tasik dan membuang air yang terdapat di dalam kayak.

Wednesday, 10 October 2012

kayakk..

OUR 1st class, 27 SEPT 2013

 Minggu ni ktorg sgt seronok dpt berkayak rmai2 di tsik seksyen 2. Encik Hafiz selaku jurulatih group A telah memberi penerangan tentang struktur kayak. Selepas itu, kami disuruh memilih partner masing2 untuk aktiviti yang bakal dijalankan nanti. Partner mestilah lelaki + perempuan. Then, kami bergerak secara berkumpulan diketuai oleh leader. Di tengah2 tasik, kami telah melakukan rafting iaitu berkumpul  ketika berlaku kecemasan atau untuk mengumumkan perkara penting atau ingin bertukar partner. Alhamdulillah, semuanya selamat pergi dan kembali.


 Selepas selesai aktiviti kayak, kami diberi penerangan tentang aktiviti-aktiviti yang bakal dijalankan pada minggu hadapan. Pada minggu hadapan kami juga dikehendaki pergi ke Tasik Seksyen 2. Aktiviti yang bakal dilakukan ialah water confident dan capsize. Ktorg dh berasa cuak dh waktu tu, tapi,  kami berasa lega apabila Encik Hafiz dan Encik Muiz memberi penerangan tentang jaket yang selamat dipakai dan tak selamat. Berikut adalah sedikit sebanyak gmbr yg dpt di snap..:-hehe





                                                                    Rafting2....


                                                 Khusyuk dgr explanation dri En. Hafiz,,hehe